Mekna

Sunday, March 25, 2012

hidayah



hidayah itu urusan Allah, jangan mencaci dosa2
orang lain sedangkan pada setiap manusia Allah
bagi masa dan peluang untuk bertaubat selagi
nyawa dikandung badan..

Friday, March 23, 2012

jange kecek sajo


"Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu
memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya?.
Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu
memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya"
(surah As-Saff ayat 2 dan 3)

kadey2 kito ni time nok tazkirah ore, sedak duk tazkirah
gotuh gonih. xcukup tazkirah depey2, tazkirah dale fb
dale blog. tazkirah tu buleh, cuma jange lupa untuk
melakukan apa yang kita telah perkatakan.

"mu xleh wat gituh, Tuhe maroh bla bla bla"

pandai tazkirah ore jah, tapi diri sendiri lagumano?
ingat, kito keno buat gapo hok kito royat tu. jange duk
pandai kecek sajo, tapi habuk pun tarak. pandai nasihat
ore jah mano aci kalu diri sendiri pun xbuat gapo hok
kito duk kerencek itu. jangan jadikan kerencekan kita
bagai tidak selupa dibikin. nauzubillah. peringatan untuk
mekna khususnya.

ingat, amat BESAR kebencian Allah pada golongan sebegitu.
mintak jauhlah.

Sunday, March 18, 2012

tv PCT BERITA



tanta memey hilir sokmo doh haha

mimpi lagi


mimpi itu kembali lagi, dan aku pun kembali
duk mengoya xtentu pasal, termenung, miker.
ari tu, dekat 2minggu jugok la duk mimpi pasal
ore mati, aku mimpi datuk nenek papa aku dan
lain2. pelik betul, tapi lepas 2minggu tu, hilang
meta mimpi pasal ore mati, ingatko hilang gitu
jah, tapigakk loni mari pulok doh. 2malam doh
ni pulok duk mimpi pasal ore mati, mimpi datuk
aku pegey muko aku, dan aku pun cium pipi dio.
eh pelik, ari tu mimpi dio buwi duit syiling serial.
pah aku mimpi aku ngajar ngucap ko ore nok mati.
sambil jerik2 aku suruh ore puwe tu ngucap..

LAILAHAILLALLAH
LAILAHAILLALLAH
LAILAHAILLALLAH

dan akhirnya, before puwe tu hembuskan nafas
terakhir, maka sempatlah dia ngucap 3kali. pelik
jugok, mano lah tahu nok mati mudo ko aku ni dih,
pah aku tanyo lah saem aku lepas duk cerito ko dio
pasal mimpi tersebut..

"nok mati doh ko aku ni?"

"tapi kalu ikut ore2 tuo kato, lagutuh la"

buleh pulok doh saem aku jawab gitu, baso baik
sungguh saeng pung haha~


PS:banyakkan ingat mati, dan pendekkan angan2.


kita tidak tahu



Saturday, March 17, 2012

baik dibalas jahat


anda tak perlu terkejut, bila menghadiahkan
sebatang pen kepada manusia, lalu ia memakai
pen itu untuk menulis cemuhan kepada anda,
anda tak usah kaget bila orang anda hadiahkan
tongkat namun diketuk kepala anda dengan
tongkat tersebut ke kepala anda. Itu semua
adalah watak dasar manusia yang selalu
mengingkari dan tak pernah bersyukur
kepada Penciptanya sendiri yang maha agung
dan mulia. begitulah, kepada Tuhannya saja
mereka berani membangkang, dan mengingkari,
maka apalagi kepada saya dan anda?

berbuatlah kebaikan hanya kerana Allah semata,
maka anda akan menguasai keadaan, takkan pernah
terusik oleh kebencian mereka, tak pernah merasa
terancam oleh perlakuan keji mereka, anda harus
bersyukur kepada Allah kerana anda dapat berbuat
baik ketika orang2 sekitar anda berbuat jahat.

lumrah alam, begitulah hidup, kadey2 kita akan
alami situasi yang mana kito buat baik doh ngan
manusia, tapi nyo balas pulok dengan kejahatan.
kebaikan dibalas dengan kejahatan? biasalah tu,
namo lagi kehidupan, kito akan bertemu lah dgn
macey2 jenih manusia, ado hok baik ado hok jahat.
biarlah ore nok buat jahat ko kito, asal kito buat
baik dengan semo manusia, kalu kito dijahati dan
disakiti, sengeh dan doalah...

moga Allah mengampunimu,
moga Allah mengampunimu,
moga Allah mengampunimu...

Wednesday, March 14, 2012

budak2


kalau kamu mahu terus menjadi budak-budak,
maka kamu akan sibuk berbicara berkenaan cinta lembik,
sedang ramai pejuang,
berbicara akan cinta yang membawa ke syurga terbaik.

~Hilal Asyraf~

lucu sero kelih ore duk update pasal dating2 pah ceroh,
letok gambar duk pimpin tangan, duk jeling menjeling.
pah saem2 pulok duk puji oh sweetnyo sweetnyo. maksiat
nyo kato sweet, pelik2 dunia zaman loni. puji memuji tu
maksudnya sokong saem buat maksiat. saem nok hampiri
neraka, dio pulok koho tolok saem untuk terus terjun dalam
neraka. saem ko lagutu?

come on lah pemuda pemudi islam, kita aset agama,
jangan terus jadi 'budak-budak'.

pesanan untuk diri dan saem serume :)

Tuesday, March 13, 2012

strehh



tengok budok ni, hilang streh sero. kiuknyo2.

hari ni hari strehh sedunia.

1.duk buat assignment last2 minet. fuhh, last2
minet baru nok buat. keno buat slides pasal
cacing kerawits bernama Onchocerca volvulus.
pah nok google la cari gambar2 cacing tersebut,
pahtuhh intenet pulok xbetul stereng, kejap
ado, kejap xdok. aii..

2.koya semangat nok goreng donut pagi esok,
pah semangat tu gak gi beli barang2 wat donut,
excited la mugonyo first time nok wat donut key,
duk menguli-uli tepung, lenguh tange2. pah tunggu
doh tepung tu naik, katonyo saem aku, sekalo 2jam
naik la tuh. aku raso nok masuk 6jam lebih doh ni,
xnaik2 pung. aku buh yis xcukup ko? pah nok goreng
al-donut guano esok? aiii..

3.saem baik pulok duk ngaju pah ceroh. jak semale lagi
duk mujuk, xmakey dipujuk seungguhhh laaa, last2
sekali ambo bosey dooh, ambo antar mesej,

"ngaju lah nok ngaju gak. huhh.."

bo bo lah duk ngaju nyo kak jenab weh, malu kokram.
tapigak hok paling streh dalam tiga list di atas hok doh
donut xnaik2 tu la. naik2 laa...wuaaa!!

A story




haha lawok dooh~

Thursday, March 8, 2012

take note~

Kita tidak mengkehendaki orang berBAKAT namun berhati JAHAT, tidak juga kita menginginkan orang CERDAS namun DERHAKA, tidak juga orang berotak CEMERLANG namun berjiwa KOTOR. Apa yang kita inginkan adalah generasi Rabbani yang SUCI, BERIMAN, mampu MEWARNAI umat dan dirinya dengan cahaya dan petunjuk dari Allah swt.

Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

ratapanmu jawapanku



[Ratapanmu]

Aku lihat ummatku lemah,
terperusuk dalam jahiliyyah,
meninggalkan Allah dengan pantas,
menjadi rosak semakin rosak.

Aku tidak tahu apakah lagi punya harapan,
entah apatah wujud lagi jalan,
atau inilah dia takdirNya?
maka apa gunanya usaha?

Aku telah letih mengibarkan bendera perjuangan,
sedang ummatku tidak mahu bangkit bersama kebenaran,
seakan-akan yang menentang Tuhan itulah sedang mencapai kemenangan,
dan yang bersama Tuhan itu sedang kekalahan.

----------------------------------------

[Jawapanku]

Ummat ini sebenarnya raksasa,
hanya ditidurkan sahaja.
Semua ini bukan tenggelamnya suria,
hanya gerhana cuma.

Janganlah bersedih dan teruslah dikau bekerja,
iman itu asas gerak langkah kita,
percayalah kepadaNya dan usaha adalah bukti,
Ummah ini perlu dibangkitkan,
tidakkan engkau melihat bagaimananya Nabi?
Bukankah baginda bermula seorang cuma sedang ummatnya langsung tidak kenal akan Ilahi?
Baginda menghidupkan ummat yang telah mati,
sedang kita hanya mengejutkan raksasa yang lena dan belum pergi.

Percayalah,
akan sampai nanti waktu,
cahaya akan kembali menyinari dunia,
dan burung berterbangan riang,
bersama rumput menghiasi suasana,
setelah waktu demi waktu berlalu,
gerhana ini memuramkan keadaannya.

Walau seluruh kegelapan jahiliyyah menyelimuti dunia,
cahaya Ilahi tetap akan menjadi pemenangnya.
jika engkau berhenti mengeluh,
dan mula berusaha merealisasikannya.

-Hilal Asyraf-

kata2 semangat yang sangat besss.

sungguh, kadang rasa letih dgnmu adikku,
bila tazkirah dianggap sebuah bebelan,
dan aku.....memey brehi ngepek pung,
namun ketahuilah adikku, kerepekanku
sebagai kakakmu ini adalah tanda kasihnya
daku padamu, tidakkah kamu mengerti?


Tuesday, March 6, 2012

pilihan



Dalam kehidupan ini terdapat pilihan2.

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana....Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing.

Sebab itu jalan cerita kehidupan setiap manusia berbeza. Ada zaman silamnya dipenuhi dengan noda dan dosa. Ada pula yang dilimpahi 1001 kenangan manis terindah. Dan ada yang diselingselikan dengan pelbagai ujian dan cabaran sehingga membuatkan jiwa seseorang insan itu begitu kental sekali menghadapinya.

Namun, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih ISLAM yang JELAS sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan JAHILIYYAH yang penuh TIPUDAYA.

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?

Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.

Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.
Ingatlah ,,,
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walau diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang. Biarkan hati sembuh dari luka dosa lama dan bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.

“Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang SEKARANG!

credit to : MUSLIMDOKTOR

PS:hidup ni hanya ada 2pilihan,
1,mahu beriman dan dikasihi Allah.
2.mahu bermaksiat dan dimusuhi Allah.

pilihan di tangan kito serumo~


fuhh~

fuhh letih sungguh, baru jah kelik
dari tutorial dengan senior. ramai
kaklos mari dengar senior duk ngajar.
baik sungguh la senior2 ni, sanggup
spend masa untuk ngajar kami.
sambil2 duk ngajar tu, dio buwi tips2
untuk mudahkan cara belajar. dio
bukan ngajar jah, kadey2 selit jugok
tazkirah2 hok buleh wat kami beraso
ngisah. mokasih banyok2 lah senior2 hok
ngajar, kami tersangatlah terharu!

hok paling best sekali, bila senior
sokmo duk sebut...

"mudah jah goni nih, mudoh jah, mudoh2"

bila dengar pok dio oyat gitu, otok beraso
lego dan jadi terpsycho dengan sendiri. time
kuliah beraso payohhh dooh, bimbe bena duk
tengok banyok dooh hok perlu dihafal, tapi bila
pok dio oyat mudoh3 then tunjuk cara untuk
mudoh pehe, jadi automatik beraso besttttt :))

baru jah sero abis prekso midsem, loni bulan3
doh, awal bulan5 exam final dohla. cepatnyolaaa
masa berlalu :) pah before nok start final, doktor2
pakat nok wat test2 dohla pok dio. baru jah sero
nok rehat lepas sakit palo ngan midsem ari tuuu,
sabar deh belako, rehat itu NANTI!

Sunday, March 4, 2012

pray




time doktor duk ralit ngajar depey,
dan kami pun turut ralit duk cokoh sedo
duk beri tumpuan, tiba2 azan zohor,
menandakan masuknya waktu zohor,
lepas duk ngajar dalam masa 10-15minit,
bila abis je azan dia terus angkat beg.

"I want to pray, wait for 5minutes okay.
It's good if u want to pray also"


then dia pun bergegas tubek dari kelas.bagusnya
dia, terpana smeta sebabnya first time kelih lecturer
sanggup brenti ngajar smeta semata2 nok gi semaye.
pah ramai tubek kelas gi surau. lepas siap belako,
pah sambung balik.

tiada yang lebih penting melainkan menyahut
seruan
solat iaitu seruan kejayaan.