Mekna

Thursday, May 30, 2013

MimSodRo

















Sepanje bertahun berada di sini,
setiap tahun di musim exam,
mesti ujian2 banyak datang bertimpa,
saeng2 pun turut mengakuinya,
dengan ujian berpenat lelah menghafal,
ditambah dengan ujian2 lain,
semoga Allah tabahkan hati2 kita.

Mim + Sod + Ro = Mesir,
Mim = mesir, 
Sod = Sabar,
Ro = Redha,

Ujian yang diberi di Mesir sangat berbeza,
sangat 'lain' jika dibanding dengan tempat lain,
Mesir, tanah ambiyak,
di sini Rasul2 juga pernah diberi ujian yang berganda hebat,
apalah sangat ujian kecil kita jika mahu dibanding dengan
ujian mereka? sungguh berasa malu.

Ujian bersama sabar,
iAllah redha Allah jadi milik kita :)

"Dan sesungguhnya Kami benar2 akan menguji kalian agar
Kami mengetahui orang2 yang berjihad dan bersabar
di antara kalian" (Muhammad, 31)

PS: keep calm and study3!! salam imtihan kawang2 :)

Tuesday, May 28, 2013

Abah

















Dia yang kelakaw, sokmo wat lawok,
sampai aku sokmo jah suko di meja makan,
sampai mak aku pun maroh, xleh suko di meja
makan, tapi abah aku tu sokmo wat naka sapa
aku nok make nasik pun payoh, nok kaver suko
keno minum air sokmo diselang seli dengan suap
nasik, kaver suko sebab takuk ma maroh kiki

-
-

Dia pula suka bena memuji anok puwe dio ni,
kadang2 pujian dio tu melampau, kade2 aku miker
ayoh aku ni mace nok promot anok pun ado, sebab
dio puji depe tetamu :D

"Eh dio rajin, sokmo duk dapur tu, wat gotu wat goni
bla bla wat gapo takdi kak, puding?"

haha bena aku duk basuh pingge jah pung. hanya ma aku
jah yang tahu betapa malas hangik nyo anok tino dio ni.

-
-

Dia sore jah hok sokmo duk oyat ayat ni bila ditanya
tetamu..

"Ado gewe doh ko tu?"

Jawabnyo abah "Ohh..gewe dio juttoney(sejuto-6)"

haha ngarut molek abah, jatuh molek saham sayyoo..

-
-

Ingat masa nok pasang mozek dalam bilik ambe, sep2 indon
mai pasang mozek, excited dio nok buh mozek bunga di 
depan bilik ambe.

"Abah letak mozek bunga bilik kak jah, bilik lain takdok"

*Aku senyum :)) Tiba2 abah oyak..

"Comel bilik mekkak sekali nih! comel bilik mekkak!"

Sep2 indon hok muda belia pakat tengok. malu molek mekkak
abah wes.

-
-

Yang paling terharu bila balik raya tahun 2012, duk cari gapo
entah dalam sorok abah, tiba2 terjumpa kad2 hok pernah ambe
bagi dari kecik sampai besar, disimpan rapi dalam sebuah kotak.
di zame sekolah dulu sokmo bagi kad Father's day, Happy birthday 
n Thank You Dad :D

-
-

Walaupun ayah tiri,
yang menjaga kami selama 16tahun sudah,
tapi kasihnya seperti kepada anak sendiri,
terima kasih abah untuk segalanya.

Tersengeh lepas baca mesej abah,
alhamdulillah abah dah sehat,
may Allah bless u always :)

Monday, May 27, 2013

Inspirasi

























Bergenang airmata tengok gambar ni,
dengan segala kekurangan yang ada,
tapi masih bersemangat untuk menimba ilmu,
kita yang penuh dengan kemudahan,
selalu saja malas dan tidak bersungguh.

Sungguh, gambar ini cukup memberi inspirasi,
semoga Allah merahmati saudara seislam kita seluruhnya,
di mana pun jua mereka berada! 

Tuesday, May 21, 2013

Subjektif



Duk dale rumah ni housemets pakat duk kondem
aku sebab duk oyat adi putra hensem..

"Hensem kat mane nye amalina oiiii...dahla
tua"

"Biarla..mato aku tengok hensem..macho ape"

"Eeee...tak paham la aku..ape yang hensemnya?"

"Senyuman diooo"

Tu baru kecek ngan sore housemet, pening paloooo.

Adi putra ni lain sikit dari pelakon2 lain hok ambe minat,
kalu hok lain tu minat semeta2 jah pahtu xminat doh, tapigak
adi putra ni ambe minat jak jamey jakpar tonggek lagi, time
zaman form muda remaja dolu2 keh3 housemets ambe kebanyakan
nyo suko muko ala2 korea..lagila euww~ (manas line)

Gapo2 pung, handsome itu subjektif! peace!!

Sunday, May 19, 2013

Pesan cikgu



















Sempena hari guru lepas, pala ambe xhabis
lagi duk terbayang ko Maahad, teringat ko
majlis hari guru hok setiap tahun kami sambut,
sangat2 meriah tengok senyuman cikgu2 duk main
sukan dan buat persembahan dan macam2 lagi lah.

Tiba2 teringat zamey jakpar tonggek time form4
dulu kala, teringat nasihat sorang cikgu ambe,
nasihat yang penuh dengan makno, sampai bila2
pun insyaAllah kawe akan ingat sokmo2. tq cikgu!

"Sepanje cg hidup ni, nok tau dok bila masanya hok
cikgu rasa sedih-nok-mati?"

-
-
-

"..iaitu maso mok cikgu meninggal, dulu cikgu sayang
sangat2 ko mok cikgu, pastu mok cikgu meninggal masa
tahun pertama cikgu di universiti"

"..sepatutnya cikgu tak leh sayang sangat2, bila kehilangan
rasa sedih sangat sangat, pesan cikgu, kita xleh sayang
sangat2 kat manusia sebab kalau kita hilang dia, kita
akan rasa sedih yang bersangatan"

Kata2 cikgu buat aku jjadi miker, kalu duk rindu sangat2 ko
mok, ayoh dan adik2, hati jadi berpesan..

"Jangan sayang sangat2..becoz they are not yours forever!"

Sampailah pada suatu hari, aku tersayang sangat ko anok kucing
di rumah ambe ni sebab sekor tu jah anok kucing hok berjantina
betina, sayang sangat2 sampailah di suatu malam ayah ambe terjirek
kucing tu dengan kereta tanpa sengaja. makanya aku jerik selok sebek2
sapa xsampai hati nok gi mejlis pengebumian dio. R.I.P my kucen.

Betul kata cikgu, takleh saye sangat2 sebabnya di atas dunia ni tiada
yang kekal kecuali Allah sahaja, selain dari tu semuanya akan pergi 
dan pergi, samada kita yang pergi dulu meninggalkan mereka atau 
mereka yang pergi dulu meninggalkan kita.

Aku hanya mampu bersangatan menyayangi Allah tanpa rasa takut akan kehilangan,
dunia ini sangat mengerikan untuk berlebih lebihan dalam berkasih sayang,
bersederhana dalam segala hal, itulah yang terbaik :)

Papa, I just miss U so much, may Allah bless U always.

Saturday, May 18, 2013

Tenang dan teduh


















Masa di maahad dulu, pernah gi lawatan ke kualo lupur,
tempat paling best sekali hok kitore gi adolah tempat 
hok tenang molek, masuk dalam pekarangan lokasi tersebut,
teraso sangat takjub sapa beraso hati  pun nok tiok, sebok 
bedooh xtahu bakpo.

Tempat tu sangat cantik, sangat-sangat tenang,
kelihatan rumput yang kehijauan, napok satu tasik yang 
sangat jernih,teduh jah tempat tu, pah nampak sebuah
masjid besar,tersergam begitu indah sekali.

Tempat tu adolah DARUL QURAN,
ya Allah..tempat tu tersangat2 tenang dan teduh!
masing terbayang suasana petang itu,
balik jah dari lawatan,
aku tekad nak jejakkan kaki lagi ke sana,
tapi nasib tak menyebelahi,
sebab hok layak diinterview di maahad hanyalah 
sep2 hok masuk kelas tahfiz jah,
tapi aku tak masuk pun,
ado la sebabnya kenapa dan mengapa,
hanya Allah yang tahu.

Sapa aku pun ngepek2 sore2,
'bakpo sep2 kelas tahfiz jah buleh gi interview?
ore hok xmasuk kelas tahfiz ni xleh masuk ko?'
aku ngepek sore jahla xdok ore dengar pung
luahanggg hatiku ini oh so saddddddddd,
tapi dalam ramai2 hok gi interview tu pung,
sikit benar jah lulus interview, 
takpolah redho dengan rezeki masing2.

Baru2 ni talipong ma,
ma beroyat dengan gumbira sekali..

"Kak..kak..enang buleh masuk darul quran"

"Yo ma??"

"Aah..rezeki dio..lulus interview..rezeki"

"Alhamdulillah. Ma ma... nok kecek ngan enang"























"Hello kak.."

"Enang...!!"

Aku excited dooh sampai separuh menepik,
terus terbayang tempat tersebut,
bertuahnya kamu wahai adikku, Aiman Sazlan,
walaupun dah habis hafal al-quran,
gi lah ngaji sano meta before ambik ijazah,
kak yakin banyok ilmu baru hok enang akan belajar di sana.

Tiba2 terus teringat jugok ko ceramah Ustaz Budak,
dio beroyat pasal DOA, dio kato berdoalah, Allah pasti
akan memakbulkan.

"..kalu kito doa harini, Allah tak makbul, insyaAllah Allah
bagi gapo hok kito mintok tu ko anok beranok kito, atau
anak2 kito, atau cucu kito..berdoalah! jangan berhenti berdoa"

lebih kurang gitulah ustaz tu pesan,
ambe xkata doa ambe dulu tu makbul lalu Allah memberi rezeki
tersebut kepada adik ambe, mungkin semuanya kebetulan dan
memang dah termaktub rezeki itu untuk Aiman Sazlan. tahniah enang!!
kak yakin, pasti papa tersenyum di sana :)

"Berdoalah kepadaku, nescaya aku akan kabulkan" -Ra'd, ayat31-

Thursday, May 9, 2013

Fuh


















My beloved university.

Akhirnyaaa...selepas berbulan2, dari bulan oktober 2012

sampailahh May 2013..tamat suddah kuliah untuk sesi
2012/2013 sep2 ambe..fuhhhh~ pahni xpayohh lorat
nok maraton gi kelas dohh kih3 duk cokoh3!! dale dumoh
sudoh sambil dating bersama buku2..marilah bercokoh sedo
belakooooo..... 

Oh malaysia, wait for me deh..matdayat matropi kakak rindu
lajok lajok lah!

Sebelum tu nok berdating dengan Adiputra dulu..permisi~

Wednesday, May 8, 2013

Ubat

Ubat hanya ikhtiar untuk sembuh,
tiada yang mampu menyembuhkan selain Allah,
bersama tawakal mesti ada doa,
dan bersama doa mesti ada usaha,
ubat itu usaha,
yang menyembuhkan hanyalah Dia.

Monday, May 6, 2013

Trust





Pernah airmata mengalir,
mengingatkan segala keringat ibu,
memikirkan kepenatan ayah,
tiada apa yang mampu ku balas,
selain menempah sebuah singgahsana,
yang sangat cantik di akhirat sana.
dan terfikir juga pada jalan perjuangan ini,
adakah bakal tamat tanpa destinasi terakhir.

Tahun demi tahun,
memohon dengan segala ikhtiar yang ada,
hanya Tuhan yang tahu,
segala rasa yang ada,
pintaku padaNya,
walau apa pun yang terjadi,
minta janganlah Dia tamatkan jihad di jalan ini.

Aku mahu terus tetap di jalan ini,
supaya nanti berakhir dengan jaya,
pulang ke tanahair bersama kejayaan,
dengan membawa islam ke mana pun aku jejaki.

4tahun sebelum ini,
setiap tahun aku menerima keputusan permohonan
yang amat meruntun jiwa raga,
tapi ku tahu keputusan itu bukan dari manusia,
bahkan keputusan dari Tuhan yang Esa,
redha tersenyum bersama Tuhan yang sentiasa di sisi.

Senyum bersama sebak,
bertahun sudah diuji dengan ujian yang sama,
hanya berpegang pada keyakinan,
bahawasanya rezeki itu hanya di tangan Allah,
jika Allah menghendaki untuk memberi,
maka tiada tangan lain yang mampu menyekat,
tapi jika Allah menghendaki untuk menyekat,
maka tiada tangan lain yang mampu memberi.

Kini permohonan diperkenankan Tuhan,
banyaknya rezeki datang tanpa disangka,
lalu ada airmata jernih mengalir di pipi,
wahai Allah yang maha mendengar,
segala puji buatMu Tuhan sekalian alam,
kerana masih menerima hamba berada di jalan suci ini,
permudahkanlah jalan jihad aku dan sahabat2 semuanya,
sesungguhnya kami berada di sini hanya keranaMu dan kerana Islam.

Sujud syukur penuh kesyukuran.

Saturday, May 4, 2013

Jahit



Melihat orang2 hok ado seni menjahit,
aku beraso jelesnyohla weh,
guano la jari jemari mereka sungguh emas?
sampai buleh berjual online segala hasil jahitan,
sungguh cantik jahitan.....pandainyooooooo!

Mengulit kenangan 6tahun lepas,
lepas spm bersungguh gi belajar jahit dengan saem,
dengan harapan nati tuo seksok ado kepakaran menjahit,
cita-citanyo nok menjadi seorang wanita yang serba boleh kah33
tapi apokan daya, tangan ni keras kekong,
kalu gi kelas jah, mesti mesin jahit aku berenti, 
senyak tipahh situhh tidok bergerok geri,
sadis molek, mesin di rumah punoh jahaney jugok,
semuanyaaaaa angkara ambe lah jugok sampai mok ambe ngepek,
saem ambe pulok pandaila pulok jahit baju,
before mari mesir dio duk jahit banyok molek baju kurung,
pah aku?? jahit sehelai baju pun xsudoh2 haha putus asooo doh,
sekalo aku ni memey payoh sikit nok putus asa,
tapi kalu bab menjahit memey xdapek nok menulong dohhh,
bila ambe tengok jah mesin jahit lonih,
automatik beraso nok angkat tangan sambil berkato "surrender3!!!"

Wanita serba boleh lah sangat,
jahit seluar soyyokk buleh lahh :p