Bila ada yang bertanya,
"ciri-ciri yang kau nak apa dia?"
Ciri-ciri idaman ada dua,
setia dan berpegang teguh pada syariatNya,
mesti ada dua, bukan hanya yang setia.
Sebabnya?
Sebab tak semua yang setia berpegang teguh pada syariatNya,
tapi semestinya semua yang berpegang teguh pada syariatNya setia
pada amanahnya,
berpegang teguh di sini bermaksud berakhlak dan beragama,
dua kata yang mesti berada bersama,
kerana tak semua yang beragama punya akhlak disisinya,
bak kata Ustaz Kazim Elias seorang penceramah agama,
"ramai je ustaz yang punya agama tapi sepak bini jatuh
katil, itu namanya tiada akhlak padanya!"
Beragama yang dimahu bukan bermakna TAHU segala sesuatu,
tapi bermaksud MAHU menuju MAMPU ,
iaitu mahu berusaha supaya mampu menjadi yang lebih baik dari dulu,
agar mampu membimbing
kepada Tuhan yang Satu!
semoga rezeki itu hanya disimpan untuk diri .
semoga rezeki itu hanya disimpan untuk diri .
Kita bukan hidup untuk
berkahwin,
Tapi berkahwin
untuk meneruskan kehidupan,
Cinta hanya checkpoint
untuk beriringan berjumpaNya,
Kerana redhaNya adalah matlamat kita yang utama.
No comments:
Post a Comment