Mekna

Monday, May 6, 2013

Trust





Pernah airmata mengalir,
mengingatkan segala keringat ibu,
memikirkan kepenatan ayah,
tiada apa yang mampu ku balas,
selain menempah sebuah singgahsana,
yang sangat cantik di akhirat sana.
dan terfikir juga pada jalan perjuangan ini,
adakah bakal tamat tanpa destinasi terakhir.

Tahun demi tahun,
memohon dengan segala ikhtiar yang ada,
hanya Tuhan yang tahu,
segala rasa yang ada,
pintaku padaNya,
walau apa pun yang terjadi,
minta janganlah Dia tamatkan jihad di jalan ini.

Aku mahu terus tetap di jalan ini,
supaya nanti berakhir dengan jaya,
pulang ke tanahair bersama kejayaan,
dengan membawa islam ke mana pun aku jejaki.

4tahun sebelum ini,
setiap tahun aku menerima keputusan permohonan
yang amat meruntun jiwa raga,
tapi ku tahu keputusan itu bukan dari manusia,
bahkan keputusan dari Tuhan yang Esa,
redha tersenyum bersama Tuhan yang sentiasa di sisi.

Senyum bersama sebak,
bertahun sudah diuji dengan ujian yang sama,
hanya berpegang pada keyakinan,
bahawasanya rezeki itu hanya di tangan Allah,
jika Allah menghendaki untuk memberi,
maka tiada tangan lain yang mampu menyekat,
tapi jika Allah menghendaki untuk menyekat,
maka tiada tangan lain yang mampu memberi.

Kini permohonan diperkenankan Tuhan,
banyaknya rezeki datang tanpa disangka,
lalu ada airmata jernih mengalir di pipi,
wahai Allah yang maha mendengar,
segala puji buatMu Tuhan sekalian alam,
kerana masih menerima hamba berada di jalan suci ini,
permudahkanlah jalan jihad aku dan sahabat2 semuanya,
sesungguhnya kami berada di sini hanya keranaMu dan kerana Islam.

Sujud syukur penuh kesyukuran.

No comments: