Mekna

Monday, October 29, 2012

hukum dan etika




Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)

Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

PERTAMA: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)

Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)

KEDUA: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)

Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)

Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)

KETIGA: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)

Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)

KEEMPAT:Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)

KELIMA: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)

Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”


Sunday, October 28, 2012

oh ayoh...



gambar bersama arwah ayah, 17tahun berlalu,
kalu rayo je mesti feeling dio lain macam sikit,
walaupun airmata xmenitik, tapi daley hati sayu beraso,
kalu tengok gambar ayoh gak mesti teringat pada pesanan
saem ambo time sekoloh menengoh dulu, dio ketua pengawas
dulu, ado majlis gapo lah tahu xingat doh, masa tu dio ado buwi
tazkirah..tazkirah dio tuh masuk pah dale jatung ambo sampai lah loni..

"hanya doa anak yang SOLEH yang sampai kepada ibubapa yang 
dah meninggal", pesan dia, Amalina Juhari namanya.

start ari tu aku jadi duk miker, "pah lagumano kalu aku xsoleh,
xsapa ko doa aku hok aku doa ko ayoh aku?" miker punyo 
miker, aku jadi sedihh...aku mano lah soleh, memey
xsapa la doa aku ko arwah.

loni, gambar ayoh cukup memberi motivasi untuk aku supaya
sentiasa menjaga diri..walaupun tahu meme payoh bena nok 
capai tahap SOLEH tu, tapi akan aku berusaha ayoh supaya 
doa-doa itu sampai kepadamu wahai ayoh!

pitih duit xleh nok bayar jaso mok ayoh kito,
maka marilah kito buwi hadioh paling berharga untuk mereka,
gapo tu?dengan menempah siggahsana buat mereka di syurga 
sana, aku raso hoktu jah hadiah hok paling Mahal hok mesti
kito hadiahkan buat mereka =)

 time kasih Amalina Juhari di atas pesanan maso tahun 2007 dulu kala,

oh ayoh, kakak rindu!!!

Friday, October 26, 2012

salam eduladha


selamat hari raya belako tulus iklas dari mekna sazlan,
maaf dipinta dari hujung stoking sapa hujung tarbusss =)


Wednesday, October 24, 2012

nikmat dan silap


ade ore tanya aku..

"bakpo aku study hard doh, tapigak rezat biaso2 jah.
bakpo dio buleh mumtaz, aku xleh?"

lain manusia, lain nikmat hok Tuhe buwi.
Allah maha adil. kalu kito ngaji bersungguh
doh, pah Allah xbuwi mumtaz tu rilek lah,
mugo tu rezeki dio, rezeki dio duk situh,
rezeki kito?rezeki kito duk lain.

kalu mu beraso mu xdok 'sesuatu' hok ore ado,
mu keno beraso jugoklah bahawasanya dio 
pun xdok 'sesuatu' hok mu ado.

hadiah masing2 dariNya,
lain rupa dan bentuknya,
namun semuanya indah2 belako..

dan aku jugok pernah napok ore suko ko kesilapan
yang pernah dibuat oleh ore lain...

"hahaha nasib baik aku xbuat silap tu"

'silap' hok pernah dilakukan oleh seseorang 
tu maybe ujian buat dia...kito xleh nok judge ore, 
ore buleh berubah bila2 masa..so xperlulah nok suko2..
kito pun belum tentu Allah bagi pengakhiran yang baik..

so serupolah dengan nikmat sakni, kalu mu beraso  
mu xditimpa ujian sebagaimana ore hok pernah buat silap
tu terima, mu pun keno beraso bahawasanya ujian2
Allah buleh mari dalam keadaan pelbagai yang juga
buleh ditimpa kepadamu.....mu pun buleh jadi ore
hok terrrsilap..di suatu hari..siapa tahu kan?

jange kecek besar deh, nati Tuhe uji...=)


Tuesday, October 23, 2012

juz call me mekna!


jalan2 terjupo.....

Junior1:

"kak ina...juz call me mekna!mekna memey stail cito belako pung! hahaha"

Junior2:

"kak ina...juz call me mekna!mekna memey stail cito belako pung! hahaha"

Junior3:

"kak ina...juz call me mekna!mekna memey stail cito belako pung! hahaha"

-
-
-


aku pun ngilar la hahaha senget la budok2 ni nyo ajuk
ayat2 di About Me di blog aku~ hadoiyaiiii....

dan baru jah sakni...terjupo junior laaagi...

"kak ina ore baco post kak ina pasal mimpi ko adik tuu"

"hok mano???"

-
-
-

aii budok2 ni..malu ambe~


Thursday, October 4, 2012

jumaat jah


gi kelas pagi2, tenung2 doktor duk
ngajar, lamo molek, sero nok jenero
tapi try buko mato luah2.

kelik2 ngadap internet, ajat nok menaip
nota lalluh, tapigak rest2 meta bukok
fesbuk..masalohnya bukey meta tapi
lamo kaklos jugokla. beraso nok
kekoh palo sendiri sampai lebam.

tahun ni baru start cuti selama sehari,
sekalo doktor buwi cuti 2hari dale seminggu,
tapi jaddi sehari jah iaitu hari jumaat jah,
mokasih banyok la doktors! waaa...

eh xpo deh, ambo loghak ni...c u all soon!