Mekna

Monday, December 31, 2012

Hello 2013!




2013, dua ribu tiga belas, 
moga lebih baik dari tahun sebelumnya,
semakin bertambah umur,
semakin dekat juga masa bertemu Pencipta,
kerana masa yang ada terus bergerak ke depan.

teringat peringatan seorang senior dalam usrah,

"Apa satu2nya tujuan kita hidup atas dunia?
kita hidup hanya untuk dapatkan Mardhatillah,
iaitu keredhaan dari Allah" - pesan Kak hani, 
masa 2008/2009.

makanya,

kalau jadi hamba, mari jadi yang bagus,
kalau jadi anak, mari jadi yang soleh,
kalau mahu berjaya, mari berusaha, 
kalau mahu rumah dan tangga, mari bina 
dengan niat untuk mencipta keluarga islam
yang banyak di muka bumi ini! eh eh..

Walau apapun yang kita lakukan,
sandarkanlah segala niat dan azam dengan 
cita2 yang SATU iaitu...

"Aku hanya mahu redha Sang Pencipta!"

Berterusan berusaha untuk taat itu berharga,
walau sering tergelincir dalam dosa,
teruslah bangun mensucikan luka,
bangkit dan berlari tanpa henti kepadaNya,
tahun demi tahun, tetaplah berlari laju,
hiduplah dengan kemuliaan,
supaya mati penuh persediaan!

PS:
1.T kasih kak hani, sebaris pesanan yang
membuatku jelas tentang tujuan hidup
yang sebenar! :D

Saturday, December 29, 2012

Enam



Enam yang dibolehkan.
1.bila dizalimi
2.bila berada depan penguatkuasa
3.bila mintak pendapat
4.bila beri peringatan
5.umpat orang zalim yang dah diumpat 
(Firaun, Abu lahab dll)
6.untuk ambik iktibar

Same2 renung2kan.

Friday, December 28, 2012

MyKelate



Ada orang kata,

"Kelate tu namo jah Serambi mekah, tapi
puwe ado jugok hok seksi2, perangai
muda mudi pun ada hok rosak teruk,
kato pemerintahan ulamak"

Jawab ambe,

"Masa zaman Rasulullah dulu pun ado 
jugok ore jahat, bukan semua baik. 
jangan salahkan permerintah, asal
pemerintah dah dakwah semua ke
jalan yang Allah redha, dah selesai
amanah dia dengan Allah!"

ILOVEMYKELATE 

Banyak



"hello assalamualaikum mek, kakak ni"

"waalaikumussalam.....kak sobs3"

"mek jange tiok"

"yo kak"

"mekk jangela tiok"

"...."

Rindu ini, sangat banyak,
mek bercerita, kak dengar,
kak tidur, mek dengkur sekali,
mek nasihat, hati amat terkesan,
semoga sentiasa diberi kesihatan mek..:,)

Thursday, December 27, 2012

Warkah cinta



Bila tengok cerita Warkah cinta lakonan 
Imam muda Nazrul dan Heliza Helmi ni, 
teringat sungguh ko kelate. belakon di 
kb siap, di restoran Nasi Ulam Cikgu pulok,
teliyur sungguh, pah belakon di Pcb pulok,
teringat ko kepok gotey..berat66

Cerito ni mengisahkan pasal hero dan heroin
diuji perasaan mereka di usia semuda SPM.
berkali ambe terngepek masa tengok cerito..

"ngaji molek SPM tu budok weh, jange duk
ralett"

haha suko ko diri sendiri. kepada adik2 yang
masih muda, masih jauhh lagi nok berumah
tangga, jange duk meraletkan diri dengan
benda tidok berfaedah, fokus kepada ngaji
dulu, piak key! :D jangan berharap benda yang
jauhh lagi dan benda yang tidak pasti, sebab..

1.jarang sungguh hubungan yang lama itu kekal,
amat membuang masa.
2.bila lama lajak, berkenalan macam tiada arah
tujuan sebab tersangatlah jauh lagi dengan alam
belarok.

Teringat pesanan seorang syeikh..

"Orang yang berakal adalah orang yang nak kawin
barulah dia cari calon, kalau tahu lambat lagi nak 
kawin, jangan cari calon lagi!"

Sama2 renungkan, dan membaiki kesilapan,
bercinta selepas kahwin itu berganda2 indahnya,
maka cari@terima calon yang mahu kawin hanya
semasa kita juga dah bersedia untuk kawin..=) 

PS:salam jumaat, selamat baca al-kahfi.

Wednesday, December 26, 2012

Sebaik2 peringatan

Terkejut sebentar bila terbaca satu
status di wall fb Perubatan Cawangan Tanta.

[Berita terkini] telah kembali ke rahmatullah
Ust Rosni bin Ali, Satft education malaysian
egypt (EME) pada jam 1.30petang tadi di
hospital Rab'ah Kaherah.

Perubatan mengucapkan takziah atas
pemergian beliau yang sememangnya 
sinonim dengan senyuman, kemesraan,
dan keramahan ketika berurusan dengan
mahasiswa/wi samada dalam bidang sains
mahupun pengajian islam.

Aritu jah baru jupo dio time buat urusan di
Cairo minggu lepas. arwah memey seorang
yang sangat ramah, bley2 buat kijo sokmo duk
cerito2 ko pelajar, macam2 dio cerito wat 
hiley boring kami hok duk menunggu urusan
sampai selesai.

Tapi memey pelik minggu lepas, dia tersangatlah
senyap daripada kebiasaan, aku pun royat ko saem
aku bley2 kompfius.

"pelik la ustaz tu..bakpo senyap jah..sekalo banyak
cerita"

Dio kecek beberapa patah jah sero ari tu. 

"ustaz, nak cop kat mana?"

dia pun just senyum dan menunjukkan dengan ibu jari
ke arah bilik pegawai untuk aku ambik cop. masa tu
lewat sangat dah, tengok2 pegawai pun dah balik.
frust jugak lah sebab 20% kijo ambe xsettle, jadi
kena gi balik lah Cairo bule depe. masuk balik bilik
beliau.

"ustaz, pegawai dah balik, jadi saya kena datang
lagi lah ye?"

dia senyum, kali ni makin lebar sambil angguk

"ustaz, kalau saya nak mintak surat blabla, boleh
ambik ngan ustaz ke?"

"oo..surat tu ustazah kena buat sendiri"

dia senyum lagi, meneruskan kerjanya dengan laptop
bersama senyum dan senyum. walaupun dah petang
masa tu, sepatutnya tersangatlah letih, tapi senyum
xpernah lekang di bibir. sangat kagum.

Arwah betul2 mengingatkan saya pada satu hadis.















Semoga Allah merahmatimu ustaz.

2berita kematian dalam sehari,
satu lagi, kematian ibu kepada seorang saeng,
takziah kawan, benar, mati itu sebaik2 peringatan.

PS:sungguh, dengan berakhlak baik pun boleh
dijadikan jalan untuk berdakwah, akhirnya
menjadi saham untuk dijadikan bekal ke sana. 
aku yakin, sesiapapun yang melihat cara arwah 
berurusan dengan manusia, pasti terdetik di hati.

"aku pun mahu jadi sepertinya!"

Keajaiban al quran















Lihatlah semesta dengan hati,
nescaya kan bergetar jiwa,
sungguh, Dia Maha kuasa.

Tuesday, December 25, 2012

Man Khan-Manjo



Dikir barat, 

minat kita sama rupanya,
yes, juz complete me perfectly..:D

Jiwang gitumo lirik pung, xpo soro sedak tu peting.

Ya Badrotim (HQ) - Qasidah



Dengar ni, jatuh hati,
merdu sungguh, sejuk perut ibu,
semoga perut semua pun berairbatu juga.

Anak soleh, jadi saham sampai tempat abadi.

Monday, December 24, 2012

Tuan rumah



Dulu:
-masa duk rumah lama, kami ada tuan rumah
hok xberapo caro pung ko kitore, dio sokmo
mari time nok mitok pitis sewa jah, sokmo
kalu punoh gapo2 dale rumah mesti blur xtau
nok oyat ko tuan rumah atau tidok.

Loni:
-masa duk umah baru, kami ada tuan rumah hok
tersangatlah berganda2 caringnyo hanya Tuhan
yang tahu hahaha sokmo mari tanya takuk ado
gapo2 masaloh. 

1.kadey2 mari antar anggur ko kami.
2.pernah mari bagi ubat sakik tekok ko housemet.
3.kalu ada masalah internet, terus ajok gi
center internet bersama2 kami.
4.teman gi beli kapet untuk rumah kami.
5.ajak bukak puasa umah dia..bini masak
sedak gitumoo.
5.enjin air punoh, pah cepat2 gi beli enjin baru.
6.telekung hok dijemur jatuh dari tingkat6 pah
hile xtau g mano, pah dio oyat nok beli telekung
baru ko ambo..untungla.
7.dio jirek kerusi study ambo sebab nok tengok
meter gas dale rumah, pah retak sikit jah kerusi
tersebut, lepahtu mari selaluh nok gam semula 
tempat retak tu.

banyok lagi jasa dio ko kami berlima.

kalu ada masalah gak selaluh la dio tulong kami,
semangat lajok pulok kadang2. sampaikan kadey2 
kami malas nok oyat masalah kami sebab kalu 
dio tahu, dio mari rumah selaluh la xkira masa, 
makanya malas nak bukok pintu bila letih balik 
kelas, tapi keno bukok jugok n terpakso kecek.
kadey2 pakat wat senyak belako dale rumoh,
buat2 xdok ore..hadoi berat66

bila ingat segala pengorbanan baba,
bersyukurnya ada tuan rumah seperti dia,
dulu buleh tuan rumah xcaring, ngeluh,
loni buleh hok caring lajak, keno hargai.

tetiba teringat time dio mari nok gam kerusi
study tu selepas diroyat xpayahla baba, tapi
dio still nok gam jugok di ruang tamu, berkato
lah dio dale bahaso enggeris.

"kalu saya muda lagi, saya nak kawin lagi"

"erk?"

"tapi saya tak nak orang mesir, saya nak orang
malaysia, sebab orang mesir besar2 dan kasar2,
orang perempuan malaysia cantik, lembut, sopan"

lebih kurey gitu la dio oyat, panje lagi bena.
haha serius lawok, tobat so funny.

PS:students malaysia sila gerbah hidung.

Sunday, December 23, 2012

Indah



Mahu menggapai cinta kasih Allah itu payah,
payah tapi indah, kerana segala usaha Dia nilai,
terkadang dihadirkan pilihan dalam hidup,
Allah menguji kita pilih redha Dia atau murka,
ternyata keredhaan Allah itu mahal,
tak mungkin kita dapat sesenang mungkin,
kadang perlu dibayar dengan banyak luka,
kadang perlu ditukar dengan rebahan kaki,
asal kerana Dia, segala luka pasti menjadi bukti,
bukti cinta kita untuk Ilahi, jadi saksi di sana nanti.

Menoleh kepada jalan yang dilewati kelmarin,
lalu tersenyum riang, tumpang gembira pada kaki,
walau pernah rebah, tapi rebahan itu untuk Dia,
semalam rebah, hari ini berdiri bersama tawa,
sungguh, berjalan di jalan kanan banyak beri bahagia,
kebahagiaan dan kegembiraan yang tiada hujungnya.

Jadilah sepasang kaki kita,
sentiasa memilih jalan Dia redha.

PS:indahnya gambar di atas.

Mata


Kebanyakan doctor mengajar mesti
mengaitkan apa yang diajar dengan 
Pencipta yang Maha kuasa.

"Subhanallahhil a'zim"

ada sore doctor Ophthal berkali2
sebut time mengajar, memuji kebesaran
Allah sambil bercerita rezeki yang Allah 
kurnia berupa sepasang 'mata'

"Doctor yang mengkaji ciptaan Allah 
tapi tidak menurut segala perintah dan
tidak tinggal laranganNya adalah manusia 
yang paling buta" 

Mereka, teladan yang amat baik.

Saturday, December 22, 2012

Budak sweet



Hari kamis lepas terjupo dengan sore
junior hok baik, ambe saye dooh2,
diola hok mencipta blog ambe dulu2,
loni payah dooh nok jupo dio sebab
dio ore bz, koho besar koho bz, sebab
dio sangat rajin berkhidmat untuk persatuan,
lain bena dengan kakok dio sore ni, suko
terperap dale rumah jah keh3x

kalu jupo gak, hork aloh rindunyolah,
salam2 jamie sikit, peluk2 sikit, wawa
lepas rindu sudahh, bena baru jah jupo
di family day aritu hehe sekalo kalu ado
cuti lamo sikit, ambe gi tido umah dio lah,
gi kelih2 movie melayu, suko bercerita2
dengan dio sebab dio meced dooh, cara
berfikir sangat mantap. n kalu gi umah dio
mesti dio masok best2, suko ambe.

budok ni sweet dooh, tapi dio jenis sweet
xtunjuk, kalu tunjuk pun dale surat dan kad
befday jah, dale tuh gak bunga2 lah ayat dio,
sampai pernah terfiker,

"eh betulke budak tu yang tulis ni?haha"

tapi dale surat jahla, kalu alik luar wat
rilek jah, kalu jupo, ambe jah sokmo oyat,

"eh rindulaaaaaaaaaaaa"

dio xreply pun kah3 stail rindu jugok xsey
ngaku...tapi caro apo ambe dio jual mahal,
oyak jah rindulaaa..sweet dooh la budak tu.
dohla xpehe blog ambe duk bobel gape, 
tapi kade2 bukok jugok walaupun xpehe.

hai awak, kakak rindulaaaaaa..:p

PS:budak tu berjantina hawa.

Friday, December 21, 2012

Dua seseorang


Cemburulah pada yang dua:

1.seseorang yang telah dikurniakan Allah 
harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke
jalan yang benar (yang diredhai Allah).

2.seseorang yang telah dikurniakan Allah
ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan
sesuatu hukum berpandukan ilmu Quran
dan Hadis lalu diajarkan pula kepada orang
lain.

-Mafhum hadis riwayat al-bukhari-

-
-
-

Azam, mahu membuang cemburu yang sia2,

dengan meletakkan cinta Allah, Rasulullah di hati,
dan meletakkan cinta manusia di genggam tangan,
pasti azam mampu diistiqamahkan.

Sucikan



Saat kita khusyuk berlari ke arahNya,
kadang2 jatuh juga lutut berdarah,
untuk manusia yang hanya Dia pilih,
Allah akan detikkan supaya segera sucikan luka.

Sungguh, kita memang tidak sempurna,
tapi kita bisa boleh memilih,
hanya berdiam diri atau bermati-matian menyucikan dosa?

Asal kita tahu, 
setiap detik di hati berasa ingin segera kembali kepadaNya,
itulah namanya sebuah hidayah untukmu manusia terpilih.

Wednesday, December 19, 2012

Pernah


Ke Cairo..

Di malam hari, amatlah sejuk,
nampak arab tua berjubah nipis,
bawak barang besar sangat,
tak sejuk ke, mana sweater?
tercungap berebut nak naik van,
dia mintak maaf sambil tangan di dada,
wajahnya redup, kedutan di dahi jelas,
entah kenapa, hati tersentuh.

banyak lagi yang diperhati.

Sepanjang bertahun berada di sini,
terasa hati amat tersentuh dengan mesir,
ternyata tempat ini banyak menunjuk ajar buat hati,
kerana terlalu banyak kejadian yang terjadi,
membuatkan hati menerima pesanan tanpa henti.

biar ada orang kata..

"duduk mesir macam bukan duk oversea, kotor dahla
banyak sampah, arab pun jahat, bukan macam UK"

Memang kotor. tapi tak semua arab jahat,
tapi at least kebanyakannya saudara seislam,
kalau tengok mesir dengan bola mata,
memang yang nampak semuanya sampah,
tapi bila melihat dengan mata hati,
sayangnya pada tempat ini pasti berbunga,
atau mungkin aku lebih menghargai tempat ini,
kerana ianya pernah diminta rayu dalam sujud sujud.

11jam perjalanan yang sangat nice,
memerhati sambil berfikir,
akhirnya ngatuk dohla ambe pung..permisi~

Monday, December 17, 2012

Sadis

Dale round Ophthal kali ni mekna tidok berjurus,
kebetuley pulok musim koho sejuk juga dingin,
makanya jadual harian jadi lintang pukey, 
nak buat nota pun payah, tangan beku,
hendak 1000 daya, xhendak 1000 dalih haha,
tadi masa kelas round sajo duk belake ujung,
sebab arini doktor hok banyok nanyo masuk,
maka kami pun pakak duk belakey berat66,
sebab apo takuk?ya sebab banyok xtahu laa,
disebabkan banyok xstudy nok tahu banyok gane,
tulaa banyak duk kelih cerita melayu sangat.

berat2..sangat sadis, takpo banyak lagi masa.
tekan brek, konar stereng, pecut laluh..

Saturday, December 15, 2012

Passport

Dalam banyok2 tempat di bumi mesir
ni, tempat paling malasssssssss nok gi
haruslah Cairo. sebab sekalo kalu gi
denuh time terpaksa molek jah mace
time nok gi Kedutaan untuk ambik cop,
memey setiap tahun aku keno gi sokmo
untuk cop dokumen2. pah kali ni keno
gi buat passport baru retek la sebab
passport nok mampus sudahhh. tapi kalu
gi time nok gi jaley2 aku semangat jah :D

xterfiker lah pulok ntk gi barukan passport
time kelik malaysia aritu, bunyi kabar sejam 
jah siap doh gi buat dekat wisma tu. duk sini
jjadi kerijoam pulak nok gi Cairo hok make
masa 2jam pergi, 2jam balik tu. pah harus
bertolak awal pagi, mula2 naik van, pah naik
ketoapi, pah naik teksi...wahhh besnyahh..

mintak2 tiada kekacauan@rusuhan di Cairo.
duk molek2 deh arab, jange baloh2.

Thursday, December 13, 2012

Kereto putih




Semale duk kecek dengan sore saem
kiuk dooh ni pah teringat la memori 
terkiukk antara kami berdua pewittt
aku dan dia ni lama doh duk bersaeng
tapi saeng kut fesbuk jah, dio ni jugok
pembaca blog si mekna sazlan ni.

sokmo jugok oyak kalu aku kelik malaysia
dio nok jupo and dating lah kan pewitt lagi
sekali. kalu chatting gak, memey so palo
molek la ngan dio ni, beraso serupo saeng
lamooo doh..benar xajim jupo pun lagi 
time tu. kalu dio oyak nak jupo, aku pun
beraso nok jupo retek tapi sebenarnya 
aku maluuuuuuuuu doohh.

"malu la nok jupo ore xkenal ni, aku nok
kecek gapo ngan dio. namokey awkward
gak lagumanooo" -monolog dalaman-

pah kelik julai2012 aritu, aku pun call dio
time sapa d Klia, first time nok kecek ni 
before ni xajim dengar lagi soro dio. debar2
malu2 aku kecek ngan dio, before ni dale 
chatting abis tang lah kan hehe sapa lah 
1hari tu, raya ke4 xsilap, dio ajok dating,
dio oyak nok mari ambik dumoh, yakkkk
ado driver la ambe ari tuh. bila mintak izin
ngan ma, mula2 ma xbuwi, mace2 nyo miker
hahaha suko selok aku bila ma oyak.

"eh xpayohla, xkenal dio key, namokey dio
culik kak gak"

"bakpo dio baik bena ngan kak tu. namokey
dio bapok gak"

ya Allahhh ma gak eh, bimbe benar dio. pah 
lagilah dio takuk bila aku oyak.

"ma, dio suruh tunggu tepi jalan. dio xdan nak
singgah umah kita dulu"

"suruh la dio mari duluuu...bimbe ma kak"

pah lagumano tau tiba2 ma pun buwi, aku
pun start debar nihh aku takuk senyak tipah
jah depey dio tuh, Yaya namo dio. lepas
bagi direction peta rumah tu, dio pun sapa
laaa dengan keto kancil putihh, aku wat
muko rilek haha koyalaaa ingatko maluuu
rupo2nyo masing2 kecek xbreti hahaha
seriesly supo banyak kali dah jupooo.

syok molek ado ore belanja aritu, gi jaley
atah Kbmal tu mugo nok gi tempat lain meme
jam parok lah kan, pah alah kelik tu dia singgah
rumah ambe, jupo la ngan ma. pah pakat suko
bila cerita pasal hok ma oyak sakni haha lawok2.


pewitt..thanx sayang!!panje umur kito jupo 
pulok dehh..yakkkk (trademark dio) hehe

Wednesday, December 12, 2012

Cukuplah Dia


Dosa silap, Dia ampunkan,
jatuh bangun, Dia berdekatan,
kau berjalan ke arahNya, Dia berlari,
jangan pernah jauh, Dia sentiasa ada,
asal kau jujur, niat di hati Dia tahu,
asal kau usaha, jerih perih Dia lihat.

kerana..

Dia Pencipta dirimu, hatimu,
maka Dia lebih mengenali diri,
Dia lebih tahu segala yang terselit di hati,
cukuplah Dia untukmu, Tuhan yang Maha Satu.

Slytherine



ork aloh xingat nok kkabo ari tu, ari tu
key family day tanta mustilah sep slytherine
hok menang! haha tak semangat mano mugo
tuo dah kam, makanya buwi chance ko adik2
la..gi malam persembahan jah, time perbarisan
dan main game macam2 ambe tak gi pung, gi 
meta jah time nok abis doh, gi sebab apo?
gi sebab nok gi beli makanan2 di gerai jah.

setiap tahun, kumpulan hok ambe masuk mesti
juara haha 3tahun berturut2 kot, gebah idung.

PS:semuga ukhuwah semakin bestt..fewittt

Monday, December 10, 2012

KCB


Ambe ni brehi benar cerito ketika cinta bertasbih
a.k.a KCB sebagai tajuk ringkasnya. tengok banyak
kali pun beraso bes sebabnya hero cerito ado taik 
lalat comel..jange jeles deh ehem2. makanya aku
dan housemet sore lagi duk kelih cerito tu banyak 
kali, tapi housemet aku tu parah lagi la fenetik dio 
ko KCB haha

tengok banyok2 kali sampaila di satu saat beraso
boring telajok doh xleh nak kelih doh movie 
tersebut...pah baru2 ni ado ore cairo wat mari
KCB hok series pulok..banyak molek episod dio.
gelepar suko sebab lama dah duk tunggu series ni,
nok download sendiri internet serupo siput sedut. 
so ambe pun baru kelih la.

amat best! banyak sangat pengajaran dale cerito
ni. terbaik molek...(promote)

#seronokkk~



Pening lalat

Jak dulu lagi, kalu ore tanya dua soalan
ni mesti aku jadi pelik, pening2 lalat sikit.
bukey sikit ore tanya, buleh kiro banyok.
bukey setakat saeng2 jah, mokcik di kedai
pun pernah tanya.

"adik ni, cukur kening ke?bbentuk molek
kening dia"

"eh dokla mokcik, xcukur pung"

"comel la, mokcik nok wat bentuk gini
retek la"

berat sungguh mokcik tu, nyo itar kening
ambe dekat2..scary molep.aku sero buke
comel, napok bekeng adola..sebab ado 
ore kato disebabkan kening aku ni la muko
napok bekeng haha macey2 puok2 ni.

dan soalan kedua pulok.

"eh rambut tu awok dye ko?meroh la"

"eh dokla, mano ado"

bena meroh sikik jah pung, bilo maso lah
ambe dye pulak dahh..hadoi pening.

Thursday, December 6, 2012

Maafkan kami.



Hilang tangan kanan, tangan kiri terasa sakit,
hilang kaki kiri, kaki kanan berasa pedih,
begitulah kita saudara sesama muslim,
sakit yang dirasa saudara, pedihnya dirasa sama.

Allah hancurkan orang2 yang zalim.

ingat



Bila sudah terjatuh, 
mesti sibukkan bercinta dengan ilmu,
persiapan ilmu, untuk masa hadapan
yang sejahtera. ehem

Mantapkan fardul muslim sebelum
melangkah ke baitul muslim.

-
-
-

PS:pesanan utk diri. juga sahabat2
yang pakat xlamo doh nok bekwoh.
eh tapi ambe lambat lagi.

juley juley


Semale kelas ophthal, pakat duk blur
mula2 bila doktor oyat..

"today I want to teach U about juley juley"

berkerut dahi, gapo la weh juley juley nih
xpernah dengar kot..rupo2nya hok doktor
maksudkan adalah STRABISMUS, iaitu
JULING JULING!

haha pakat suko abis dale kelas tu...
terbaik doktor tuh, sempoi molek..


Tuesday, December 4, 2012

kekal selamanya




Cinta Allah,

tak mengenal siapa, tidak berakhir, kekal selamanya,
kerana kasihNya, nikmat dan ujian datang silih berganti,
nikmat itu hadir, untuk mengajar manusia bersyukur dan tersenyum,
ujian juga hadir, untuk mengajar manusia bersabar dan juga tersenyum,
tersenyumlah kerana ujian hadir bukti Allah mahu hati selalu mengingatiNya,

Rasulullah bersabda, "Amat menghairankan seorang muslim itu,
apabila diberi nikmat dia bersyukur, apabila ditimpa musibah dia
bersabar. Maka kedua2 keadaan berkenaan memberi kebaikan
kepadanya"

-
-
-

PS:sejak dua menjak ni napok ramai saem2 bersedih,
pah ko ambe jjadi sayu retek lah....la tahzan, Allah bersama kita!

Monday, December 3, 2012

Video Promo FDT 2012



comel je pok2 ni nih, (puwe jah)
tahun ni family day bertemakan Harry Potter,
ambe tergolong dalam golongan Slytherin keh3
tapi xtaulah bakpo takdok semangat lasung nok
berfamily day tahun ni berbanding tahun2 lepas,
saem2 pakat semangat abis...xpolah gapo2pung
smuge Slytherin hok buleh pialo tahun ni! :D

Sunday, December 2, 2012

Alfatihah

Maren dikejutkan dengan berita sepupu 
kepada budak tanta meninggal dunia dalam 
kemalangan jalanraya di malaysia. dia seorang 
ibu ngandung 7bulan, meninggal dunia bersama
seorang anak berusia setahun dan termasuklah
anak hok duk dalam kandungan dio tu. driver
dio di sebeloh iaitu suaminya, hanya cedera 
di muka. sungguh ajal xberbau.

sedih duk dengar cerito sebab dumoh dio nuh 
ado ado 2 ore lagi anok, lagumano lah hilang ibu
di usia muda.hok paling sebok beribu kali sebok
bila saem cerito husband kepada si mati royat..

"dia adalah seorang isteri yang baik dan sempurna"

untunglah para isteri yang meninggal bersama
redha Allah juga redha suami. 

PS:alfatihah dan takziah.

Sedangkan,,

Dosa dan aib, Allah sembunyi,
segala kekurangan, yang tak terzahir,
takut terus menggoncangkan hati,
bila ada insan memuji diri.

Sedangkan, 

Hanya diri dan Dia yang tahu betapa banyaknya dosa yang ada,
betapa beribunya kelemahan dan kekurangan yang wujud,
sungguh jika dosa itu hitam, maka hitamlah seluruh tubuh,
hitam legam ibarat kulit yang dijangkiti gas gangrene.

"Sebaik2 pendosa adalah yang bertaubat" -Hadis-

Jika wanita solehah yang dicari, bukan saya,
jika wanita sempurna yang dicari, pun bukan saya,
Jika wanita yang mahu dibimbing yang dicari,
barulah saya.. -Quote-

=)

Saturday, December 1, 2012

puisi buat kcuna







Rindu yang ada, lalu terubat,
Hilaiku tawamu, kegembiraanku,
Bulianku padamu, keseronokanku,
Kasih kita, wau bulan menjadi saksi.

haha!

PS:esok kak cuna nok kelik dohh..sobs3