Mekna

Thursday, February 28, 2013

Kak kak


Berkecek talipon bersama si bongsu.

"Kak bilo nok kelik, lamo doh kak xkelik"

"Bakponya..dayat rindu ko"

"Eh? rindu la"

"Sedak ko kalu kakak kelik?"

"Sedak laa..nok main ngan kak, kelik la kak"

"Haha ho nati la kakak kelik iAllah"

"Bilo kak? lama dah xkelik"

Ngiga gapo la adik ambe. nok main gapo xhau,
seingat aku kalu aku duk dumah dio duk ralet
maen game di laptop jah sokmo haha ooo
mungkin mainkecek2 before tido lah kot,
cerita2 sampaila mahu kroihh..besnyaa.
baru jah sero kelik bulan7 aritu, rupa2nya
hampir 6bulan berlalu, cepatnya masa berungga.

kakak pun rindu adik jugak,
tak sabar nak balikk, (wlpn lmbat lagi)
nanti kita main kecek2 dehhh :)

Wednesday, February 27, 2013

Al-ganah




Uishh sedak molek tu gak pung duk meranggos,
mugonyo ado petai jeruk cicoh buduk dengan cili,
makan pulok bersama nasik putih wa ikan kering,
lagunih jah ambe, ore kapung tu gak :p
bagus sungguh housemets ambe ni,
sorang tu(budok kelate) bowok budu satu botol mineral 
siap, mujur ambe tak togok jah tu,
stok budu ambe abis lamo doh, makanya ngepa hok
dio lah pulok haha mokasih saeng.

Hok ambe blurnyoo ado la sore housemet ambe ni,
dio ore kenL tapii diola hok bowok stok petai jeruk tu,
dio wat sendiri tuu di malaysia pah bowok stok mai mesir,
tak ajim jupo lagi ore luar bersungguhae begini haha,
bukey setakat petai jeruk, tempoyok pun bowok, budu pung.

haha ganah molek lebih pado sep kelate, katanya dio.

"Dulu masa kecik aku makan petai dalam bekas ada
kat dalam peti, aku ingatkan kacang, sedap"

Hok terbalikk pulok doh, housemet ambe hok sore laaagi hok ore
kelate jugok, jenis tak make petai dan budu(kecuali dalam nasik
kerabu). katonyo ore kenL kepada budok kelate sakni.

"Ko ni murtad kelantan ke?"

"Ape la kau ni..hilang kenikmatan makan betul la"

Wakaka hok xmake budu tu la hok pembawa stok ikan
kering.

Budu memey sedak jetak! so jah tok sedak, 
jerawat naik selaluh d muka ambe -_- 
nok makey jarang2 bulehla..sadis2

Tuesday, February 26, 2013

Pang!



1.Pulang dari kuliah, jalan jalan, terserempak 
dengan seorang ibu dan anak sekecil setahun
lebih2, anak tersebut sedang menangis koor
bila ditampar di pipi..PANG!

huish kuat jugok dio tampor anok dio tu. kecik
lagutuh nyo tampar. siyenyola, ado ko gi tampar
budok kecik, ya Rabbiii...lepas tampor tu, dio
pun heret anok dio hok sedang selok teriok.
siyela.

2.Ke cairo, lokasi kejadian di atas metro. seorang
ibu dan anak lelaki ditampar bertubi2, meros pipi dio.
siyenyoo T_T PANG! PANG! PANG! nok marah pun
ada ko mak dia. aku hanya mampu lihat dari jauh, 
dan mengepek ko saem aku.

"Bakpo sapa keno tampar? siyelanyoh"

"Tak tahu"

Kasarnyala arab2 ni..:/

PS:jangela kasar2 ngan budok. siyye dio.

Thursday, February 21, 2013

Congratulations!!





















Di awal pagi tadi, bergegas masuk dewan
nok gi ambik semangat daripada abe2 dan
kakok2 hok baru jah graduate, dan ni adalah
1st batch hok graduate di university ambe iaitu 
university tanta. 1st time di tanta ni ado 
convocation ceremony. berdiri bulu roma selaluh
kelih sep2 dio paka juboh and topi.

Nok paka retek juboh tuu!!sabor ye sabor.

Berhempas pulas, bersakik palo mengaji medik
selama 6tahun setengah di mesir, akhirnyaaa...
tahniah untuk abe2 and kakok2. doakan adik2mu
di sini! :)



























Abe2 dan kakok2 adalah inspirasi kami..best of luck n jumpa lagi!!:)

Tuesday, February 19, 2013

Berbelit


Tersebutlah kisah saem ambe di sini, nok gi 
pasar dengan tok laki dio pun, duk miker2 
nok paka style gapo tudung aritu, sebab
takuk2 tok laki dio puah doh tengok dio
pakai tudung style samo. akhirnya, terciptalah
tudung belit2 ke pasar, abis arab pakat tengok.

Respon daku..ish ish lagutu dih ore bernikoh?

Tiba2 jjadi teringat ko ma di kampung, kalu kelik
jah keno dengar dio komen2 pasal tudung ambe.

"Kak..anak saem ma pakai selendang belit2 loni,
try pakaila retek"

"Kak..bakpola pakai tudung straightt gitu jah,
silang laa sikit..xjangok lasung"

Menjadi satu2nya anak perempuan memey susah,
tambah2 lagi anak seorang cikgu hihi adoiyaiii
keno jangok sikik ma oyak suruh jangok.

"Kak..anak dara kenola jangok"

HAAHAHHAHA ma jjadi perunding imej betul,
kadang2 nak hepikan ma, aku silang la meta tudung
aku tu, letok kacing dua butir atas bahu tu. pastu aku
rasa macam alien sebab tak selesa. mugo duk di kampung
tanta ni bolok gitu jah kito, pakai ikut2 dey jah. loni ma
tak cekak nak merunding imej dah, ma akhirnya paham
anak dia lemas-sero-keno-cekik-tekuk kalu main silang2
belit.

Balik nanti beazam nok suruh ma napok anak dio jangok
sikikla..biar sengeh 4depa. tok cayyyyoo sero pandai doh 
loni gi bukak utube tutorial belit2 tudung sampai sembelit 
wakaka beraso nok ngilar ko diri sendiri. mekna sazlan kah 
ini? ganahmolep.

Cobaan pertama bertutorial dengan utube, lepas sudah sesi
belit membelit, beraso sakik palo dooh lah pung, akhirnya
tidur kroihhhh.

Cobaan kedua, eh eh seronok lah pulakkk. semangat molek
duk tutorial, nati kelik ni xsemelit lagi xtahulaa.

#terpengaruh ngan saem di atas bbena.




Anggun bersyariat, indah terpelihara :D

Monday, February 18, 2013

An-nas


Surah An-nas (manusia)
1. Katakanlah 'Aku berlindung kepada Rabb' yang
memelihara dan menguasai manusia
2.Raja manusia
3.Ilah yang berhak disembah oleh manusia
4.dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi.
5.yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia
6.dari golongan JIN dan MANUSIA.

With us always





[2:155] Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

[3:186] Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

[5:48] Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,

[21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

[29:2] Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

[29:3] Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

[25:20] Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu ujian bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.

[47:31] Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.

Jika kita pernah bersedih, ingatlah kesedihan Rasulullah,
Jika kita pernah dizalimi, ingatlah Rasulullah pernah dicederakan
dan cuba dibunuh kerana Islam,
Jika kita difitnah, ingatlah Rasulullah dituduh dengan segala kata2 nista,
Jika kita sedih, dizalimi, difitnah, dituduh dan berasa susah, cukuplah
Rasulullah sebagai motivasi,
Benarlah baginda rahmat bagi seluruh alam.

Kagum




#kagum

Perginya seorang acu


Mendapat SMS sayu dari ibu,

"Acu dah meninggal. innalillah"

Hati sebak, jiwa tersentak,
dia pak sedara paling bongsu belah ibu,
sangat baik pada anak2 saudara,
selalu bawak gi jalan-jalan,
Jeram linang lokasi feveret kami,
juga seorang anak yang baik,
2010, tahun pertama nenek diserang strok,
sampai terlentang tak boleh berjalan,
dialah jemput ibunya tinggal bersamanya,
memberi makan dan minum pada ibu,
menyikat rambut, menyapu bedak pada pipi ibu,
semua kerja dibuat dengan baik,
hati sering tersentuh,
merasakan tak ramai lelaki yang sanggup
berkhidmat begitu untuk ibu tercinta.

Tersenyum seketika mengingat memori,
arwah seorang yang lawak2 sengal,
teringat masa kepulangan aku dari egypt tahun2010,
runsing betul dia bila lihat banyak gila jerawat di muka aku,
siap promot2 pencuci muka yang dia pakai,
siap gi toilet gi ambik pencuci muka tersebut,

"Kak, acu pakai gonih la! hilang jerawat acu. sungguhh"

Teringat juga masa aku nak balik egypt kembali,
dia bukak dompetnya dan ambik gambar passportnya,

"Nah kak! simpanla gambar acu"

Aku pelik sebab tiba2 dia bagi gambar tu,
dan akhirnya kepelikan itu terjawab,
yang tinggal kini hanya gambar,
dan segala kebaikanmu yang terpahat di hati,
sampai bila-bila dan selamanya,
terima kasih Acu :,)

Ya Tuhan ampunkan segala dosanya,
dan rahmatilah dia di sana..alfatihah..

Saturday, February 16, 2013

Perjalanan



Di perjalanan menuju cita2 impian,
pastinya ada ujian yang hadir,
Allah beri hanya untuk menguji,
masakan dengan mudahnya kita dapat
apa yang kita impi tanpa menelan pahit?

Impian itu tersangat manis,
jalan untuk melaluinya sangat berliku,
tapi takkan ku hirau, takkan ku endah,
hanya mahu fokus pada jalan dan arus,
sampailah aku tiba di penamatnya.

InsyaAllah :)

12 adab



12 adab atau antara cara-cara memenangi hati suami. 

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi
kemarahan suami. 

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk
asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan
cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan
para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

"Sekiranya daku dibenarkan memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku akan perintahkan para isteri bersujud kepada suaminya"
Riwayat Tarmizi dan Ibn Hibban.

Bagi wanita muslimah,
kita boleh berusaha,
sedaya yang mampu,
untuk memasuki syurga, 
melalui mana2 pintu yang kita mahu..:)

Friday, February 15, 2013

Rindu


Malam itu, aku bermimpi,
kami berdua naik motosikal,
aku pegang erat pinggangnya,
bahagia hanya Tuhan yang tahu.

Lama menahan rindu,
akhirnya aku lihat senyumannya,
lebar lagi senyuman aku,
tapi tiba-tiba dia hilang,
yang tinggal hanya airmata.

Tersedar dari mimpi,
dia tiada dalam pelukan lagi,
18tahun kau pergi meninggalkan,
dan aku kini kian membesar dewasa,
tapi hati ini masih seperti sang kecil
yatim yang sentiasa merinduimu ayah.

#airmata yang jarang ada, tapi bila
hadirmu ayah, ia pasti ada.
#merindui first love yang jauh di 
mata dekat di hati, hanya mampu
menghubungi dengan doa.

Cukuplah


"Memfitnah itu lebih dahsyat dari membunuh"

Azab untuk orang yang memfitnah,
terlepas di dunia tapi takkan terselamat di bumi,
bersemuka kembali di akhirat, tercelaka di neraka.

Allah maha mendengar doa orang yang dizalimi,
cukuplah bagi kita Tuhan, sebaik2 penolong,
yang maha mengetahui dan melihat,
atas setiap apa yang dikerjakan manusia.

:)

Tuesday, February 12, 2013

Al-Imran



Allah sungguh maha sweet,
kadang Dia tiba2 detikkan pada hati,
ayat2 cintaNya yang sangat manis,
lalu membuatkan hati tenteram.

Surah Al-imran:

ayat 133:
Dan bersegaralah kamu kepada ampunan dari
Rabbmu dan kepada surga yang luasnya seluas
langit dan bumi yang disediakan untuk orang2
yang bertakwa.

ayat 134:
yaitu orang2 yang menafkahkan (hartanya), baik
di waktu lapang mahupun sempit, dan orang2
yang menahan amarahnya dan memaafkan (salah)
orang lain, dan Allah menyukai orang2 yang berbuat
kebajikan.

ayat 135:
Dan juga orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan
keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan
Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa2 mereka,
dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain 
daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan
perbuatan kejinya itu. sedang mereka mengetahui.

ayat 136:
Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Rabb mereka
dan surga yang di dalamnya mengalir sungai2, sedang
mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik2 pahala
orang2 yang beramal.

ayat 139:
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula)
kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling
tinggi (derajatnya) jika kamu orang2 yang beriman.

^_^

Segala puji buatMu Tuhan sekalian makhluk.

Monday, February 11, 2013

Konklusinya


Baru habis cuti winter,
berjumpa kembali saem2 sekelas,
ragam saem2 di tanta.

Orang1:
"Banyok tu update status di fb hehe" 

Orang2:
"Eh ade status ni..bla bla.. hehe"
(bla bla = dio baco status aku jamey jakpar tonggek)

Orang3:
"Dalam kelas nampak senyap, di fb bising hehe"

Dan lain2.

Kebanyakan sep dio style senyak tipah di fb jah,
tapigak bergegang gegoks di twitter. ceh

Kalu update 2 status pung, sampai di kelas...start la enjin
sep dio duk berkerenak ko ore glamor ni..yak!

Konklusinya, 
terciptalah satu group, iaitu GROUP tak leh tengok!
hahaha bosey lajok dekpong gak eh...bosey la ko
sep2-jenis-stalkersajo-takupdate-status ni ha3




muahaha :D 

Wednesday, February 6, 2013

Mek kalut

9 hari bersama mekcuna di mansuro,
beraso assedeh jugokla bilo ambe nok
kelik tanta doh, mugonya xtau nok wat
gapo dohla di tanta tu, mekcuna pulok
nok gi mendaki gunung sinai doh ari 
sabtu, 2feb. makanya ambe keno kelik 
tanta dohla, pada hari jumaat, 1feb.

Kelik tiado berteman, keno kelik sore 
lah ambe, tapi mekcuna gi antar la dulu
di stesen sebelum ambe berangkat pulang.
jak dari rumah lagi dio duk kalut.

"sedehnyo malina nok kelik doh"

Pah kalut dale teksi time ondaway gi stesen
pulok.

"xpo ko malina kelik sore ni? bimbe"

Pah di stesen tu, ado la kenderaan hok menunggu
dua penumpang jah lagi, kalu cukup gak dio akan
bergerak ke tanta selaluhhh. ambe kelih ado sore
puwe dale kenderaan tuh fuhh lega, kalu xdok puwe
meme ambe takuk nok naik.

Pah ambe pun naik la, mekcuna duk buat muka runsing
dan kalut serta muka panic dio tu. ambe buat muka rilek
sedo serupo beldo sirap jah..hilir key tuh kikiki

Arab pulok pakat duk gegey suruh mekcuna masuk dale
kenderaan tu, pok dio silap pehe ingatko mekcuna nok
masuk retek, sebenarnyo tidok pung. maso to kak cuna
duk talipon saem dio, bertanyo "tidok bahayo ko malina
kelik sore ni?" saem dio oyak "bahayooo"

Makanya arab duk gegey lagi dan lagi.

"khusy khusy!!, takallim telefon fi guwwah" 
masuk masukla..kecek talipon dale keto 

Mekcuna duk kecek lamo pulok doh dengan saem dio tu.
sep arab pakat wat muko frust haha..aku pulok blur xtau
gapo..di atas desakan arab2 dan juga kata2 saem dio dale
talipon tu, tibo2...dio pun masuk duk cokoh sedo dale keto,
tutup rapak jik pintu keto..gedegung!

Aku blur bley2 suko..hahaha memey naka muko kak cuna maso
tu. blur dooh..napok serupo keno santau pun ado, nyo turut jah
bila arab duk pakso suruh naik jugok. kitorey duk suko derah dale
keto, sakik perut aku, pengalame paling lucu setakat ni.

Mekcuna dengan sehelai sepunggung nyo gi berderak ke tanta,
tak jadi la nok pisoh nyo..tapi keno kelik pagi sabtu jugok sebab
trip nok gi gunung sinai tu akan bertolak pukul 10male.

Duk dale keto tu dio duk kalut lagi..

"Malinaa...ganola aku buleh ado dale keto ni jugok ngan
mu malina wehhh"

Aku selok koor duk suko alek blake. 



akhirnya menonton drama samo2 di tantaku
sorgakuuu..:D

Saturday, February 2, 2013

Bfforever


Di kalange sahabat2 baik,
ambe sokmo dikenali sebagai mekna sumbak,
sumbak, sengal, ccabut suis woyar, sedo beldo,
gelaran tersebut sokmo terkeno atas dahi ambe,
ambe yang muke bekeng misai congek nyo kato sedo?
napar kapit nok? hehe

Sejak dua menjok ni ambe buleh soale pelik semacey,
salah satu soale nyo terbit dari Kak cuna, bff forever :p

"Malina, nati lepas nikoh jangela berubah jadi tak
sumbak deh.. xsedak la tidok"

"Lepas nikoh juruh dhla ore, senyak tipah la"

"Huk aloh..jangelaa"

hahaha serius senget molek pok ni. sumbak tu mano buleh
hile, tok laki ambe kena terima lah diri ambe ini seadanya,
sesungguhnya wayar dale pala sudah tercabut sejak azali lagi.

PS:
1.biasola musim2 cuti ni, topik nikoh sokmo sep2 ni..hehe
2.'peace' pah ceroh la mekcuna tu..:p