Mekna

Sunday, December 23, 2012

Indah



Mahu menggapai cinta kasih Allah itu payah,
payah tapi indah, kerana segala usaha Dia nilai,
terkadang dihadirkan pilihan dalam hidup,
Allah menguji kita pilih redha Dia atau murka,
ternyata keredhaan Allah itu mahal,
tak mungkin kita dapat sesenang mungkin,
kadang perlu dibayar dengan banyak luka,
kadang perlu ditukar dengan rebahan kaki,
asal kerana Dia, segala luka pasti menjadi bukti,
bukti cinta kita untuk Ilahi, jadi saksi di sana nanti.

Menoleh kepada jalan yang dilewati kelmarin,
lalu tersenyum riang, tumpang gembira pada kaki,
walau pernah rebah, tapi rebahan itu untuk Dia,
semalam rebah, hari ini berdiri bersama tawa,
sungguh, berjalan di jalan kanan banyak beri bahagia,
kebahagiaan dan kegembiraan yang tiada hujungnya.

Jadilah sepasang kaki kita,
sentiasa memilih jalan Dia redha.

PS:indahnya gambar di atas.

No comments: