Ke Cairo..
Di malam hari, amatlah sejuk,
nampak arab tua berjubah nipis,
bawak barang besar sangat,
tak sejuk ke, mana sweater?
tercungap berebut nak naik van,
dia mintak maaf sambil tangan di dada,
wajahnya redup, kedutan di dahi jelas,
entah kenapa, hati tersentuh.
banyak lagi yang diperhati.
Sepanjang bertahun berada di sini,
terasa hati amat tersentuh dengan mesir,
ternyata tempat ini banyak menunjuk ajar buat hati,
kerana terlalu banyak kejadian yang terjadi,
membuatkan hati menerima pesanan tanpa henti.
biar ada orang kata..
"duduk mesir macam bukan duk oversea, kotor dahla
banyak sampah, arab pun jahat, bukan macam UK"
Memang kotor. tapi tak semua arab jahat,
tapi at least kebanyakannya saudara seislam,
kalau tengok mesir dengan bola mata,
memang yang nampak semuanya sampah,
tapi bila melihat dengan mata hati,
sayangnya pada tempat ini pasti berbunga,
atau mungkin aku lebih menghargai tempat ini,
kerana ianya pernah diminta rayu dalam sujud sujud.
11jam perjalanan yang sangat nice,
memerhati sambil berfikir,
akhirnya ngatuk dohla ambe pung..permisi~
11jam perjalanan yang sangat nice,
memerhati sambil berfikir,
akhirnya ngatuk dohla ambe pung..permisi~
No comments:
Post a Comment