Mekna

Sunday, December 2, 2012

Sedangkan,,

Dosa dan aib, Allah sembunyi,
segala kekurangan, yang tak terzahir,
takut terus menggoncangkan hati,
bila ada insan memuji diri.

Sedangkan, 

Hanya diri dan Dia yang tahu betapa banyaknya dosa yang ada,
betapa beribunya kelemahan dan kekurangan yang wujud,
sungguh jika dosa itu hitam, maka hitamlah seluruh tubuh,
hitam legam ibarat kulit yang dijangkiti gas gangrene.

"Sebaik2 pendosa adalah yang bertaubat" -Hadis-

Jika wanita solehah yang dicari, bukan saya,
jika wanita sempurna yang dicari, pun bukan saya,
Jika wanita yang mahu dibimbing yang dicari,
barulah saya.. -Quote-

=)

No comments: