status di wall fb Perubatan Cawangan Tanta.
[Berita terkini] telah kembali ke rahmatullah
Ust Rosni bin Ali, Satft education malaysian
egypt (EME) pada jam 1.30petang tadi di
hospital Rab'ah Kaherah.
Perubatan mengucapkan takziah atas
pemergian beliau yang sememangnya
sinonim dengan senyuman, kemesraan,
dan keramahan ketika berurusan dengan
mahasiswa/wi samada dalam bidang sains
mahupun pengajian islam.
Aritu jah baru jupo dio time buat urusan di
Cairo minggu lepas. arwah memey seorang
yang sangat ramah, bley2 buat kijo sokmo duk
cerito2 ko pelajar, macam2 dio cerito wat
hiley boring kami hok duk menunggu urusan
sampai selesai.
Tapi memey pelik minggu lepas, dia tersangatlah
senyap daripada kebiasaan, aku pun royat ko saem
aku bley2 kompfius.
"pelik la ustaz tu..bakpo senyap jah..sekalo banyak
cerita"
Dio kecek beberapa patah jah sero ari tu.
"ustaz, nak cop kat mana?"
dia pun just senyum dan menunjukkan dengan ibu jari
ke arah bilik pegawai untuk aku ambik cop. masa tu
lewat sangat dah, tengok2 pegawai pun dah balik.
frust jugak lah sebab 20% kijo ambe xsettle, jadi
kena gi balik lah Cairo bule depe. masuk balik bilik
beliau.
"ustaz, pegawai dah balik, jadi saya kena datang
lagi lah ye?"
dia senyum, kali ni makin lebar sambil angguk
"ustaz, kalau saya nak mintak surat blabla, boleh
ambik ngan ustaz ke?"
"oo..surat tu ustazah kena buat sendiri"
dia senyum lagi, meneruskan kerjanya dengan laptop
bersama senyum dan senyum. walaupun dah petang
masa tu, sepatutnya tersangatlah letih, tapi senyum
xpernah lekang di bibir. sangat kagum.
Arwah betul2 mengingatkan saya pada satu hadis.
Semoga Allah merahmatimu ustaz.
2berita kematian dalam sehari,
satu lagi, kematian ibu kepada seorang saeng,
takziah kawan, benar, mati itu sebaik2 peringatan.
PS:sungguh, dengan berakhlak baik pun boleh
dijadikan jalan untuk berdakwah, akhirnya
menjadi saham untuk dijadikan bekal ke sana.
aku yakin, sesiapapun yang melihat cara arwah
berurusan dengan manusia, pasti terdetik di hati.
"aku pun mahu jadi sepertinya!"
PS:sungguh, dengan berakhlak baik pun boleh
dijadikan jalan untuk berdakwah, akhirnya
menjadi saham untuk dijadikan bekal ke sana.
aku yakin, sesiapapun yang melihat cara arwah
berurusan dengan manusia, pasti terdetik di hati.
"aku pun mahu jadi sepertinya!"
No comments:
Post a Comment