Mekna

Monday, December 31, 2012

Hello 2013!




2013, dua ribu tiga belas, 
moga lebih baik dari tahun sebelumnya,
semakin bertambah umur,
semakin dekat juga masa bertemu Pencipta,
kerana masa yang ada terus bergerak ke depan.

teringat peringatan seorang senior dalam usrah,

"Apa satu2nya tujuan kita hidup atas dunia?
kita hidup hanya untuk dapatkan Mardhatillah,
iaitu keredhaan dari Allah" - pesan Kak hani, 
masa 2008/2009.

makanya,

kalau jadi hamba, mari jadi yang bagus,
kalau jadi anak, mari jadi yang soleh,
kalau mahu berjaya, mari berusaha, 
kalau mahu rumah dan tangga, mari bina 
dengan niat untuk mencipta keluarga islam
yang banyak di muka bumi ini! eh eh..

Walau apapun yang kita lakukan,
sandarkanlah segala niat dan azam dengan 
cita2 yang SATU iaitu...

"Aku hanya mahu redha Sang Pencipta!"

Berterusan berusaha untuk taat itu berharga,
walau sering tergelincir dalam dosa,
teruslah bangun mensucikan luka,
bangkit dan berlari tanpa henti kepadaNya,
tahun demi tahun, tetaplah berlari laju,
hiduplah dengan kemuliaan,
supaya mati penuh persediaan!

PS:
1.T kasih kak hani, sebaris pesanan yang
membuatku jelas tentang tujuan hidup
yang sebenar! :D

4 comments:

cokiedacomot said...

amalina sayang , semoga 2013 lebih indah .. miss you :)

InaSazlan said...

miss u too liza syg..slamat utk tahun2 mendatang :D

Cik Aann said...

Selamat tahun baru ina..semoga tahun ni akan menjadikan kita lebih baik dari tahun2 yang lepas.

InaSazlan said...

insyaAllah..aminn..kak nani pun :D